Friday, June 19, 2009

Terlepas peluang...iskhh


Assalammualaikum...
Hari ni pokok aku boleh tahan gak la ok nye... Kena selalu jenguk..kalau tak merajuk pulak. Semoga kau tumbuh sihat dan menghijau!! Ameen...

Hari ini aku telah menyahut cabaran shadi untuk pakai shawl yg dibeli hari rabu kelmarin...
Kalau melayu...melayu juga...mana boleh nak jadi iranian...hehe entahlah nape orang kata muka aku macam budak iran bile pakai shawl cam gitu... confused...ape2pun aku dah berjaya dgn cabaran yg diberi...

Patutnya jam 8 mlm ni aku ada kat Istana Budaya sebab dapat jemputan untuk Majlis Hadiah Sastera Utusan...ishhkk...xde chance nak jumpa Faisal Tehrani...rasa2nya novel dia menang kot...kalau tak maybe Kak Nisah Haron...al-maklum...diaorang berdua memang rival dalam dunia penulisan...apa2pun tahniah (in advance) kepada pemenang2... sedih xdapat gi :-(

Thursday, June 18, 2009

Lama tak tulis...

Assalammualaikum...
Dah lama aku tak tulis diari atau apa2 coretan...dulu rajin juga tulis dalam friendster...lepas tu hilang dalam alam nyata dan maya ni....sibuk?....masih tak tahu uruskan masa aku walaupun dah 26 tahun hidup...hai entahlah...terima kasih tak terhingga kepada sahabat kesayanganku ASHADI...yang memberi inspirasi untuk aku tulis semula...dan kali ini dalam blog...nampak simple tapi bagi aku sesuatu yang bermakna...

terima kasih daun keladi,
kepada sahabatku ashadi... ;-)

Hari ini rutin seperti lazimnya...makmal di IBS (Institut Biosains UPM)...aku tak tahu nak daftar atau tak semester akan datang ni...sedang aku telah diarah untuk lapor diri di UiTM awal Julai ni. Dilema betul!...Boleh ke aku mengajar? Mudah-mudahan bakat ibu bapa aku telah terturun dalam urat nadi aku ni...hanya tunggu masa untuk merealitikannya...asal dapat 1% kepetahan ayah dan 1% ketegasan ibu dah memadai bagi aku...Mudah-mudahan dipermudahkan...

Hahaha....tak terasa ke bahasa aku ni agak mendayu...sayu...??? Hmmm tapi inilah aku...
Fura...si bunga SAKURA...